Millat al-Islam

Chapter 88 · 26 verses · Abdullah Muhammad Basmeih

Surah Al-Ghashiya in Malay

Arabic with tafsir Listen to Surah Al-Ghashiya (1299 reciters)

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَٰشِيَةِ ١Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ ٢Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ ٣Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةً ٤Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar) تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةٍ ٥Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ ٦Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِي مِن جُوعٍ ٧Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ ٨(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri لِّسَعۡيِهَا رَاضِيَةٌ ٩Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia) فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ ١٠(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya) لَّا تَسۡمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةً ١١Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia فِيهَا عَيۡنٌ جَارِيَةٌ ١٢Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir فِيهَا سُرُرٌ مَّرۡفُوعَةٌ ١٣Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya) وَأَكۡوَابٌ مَّوۡضُوعَةٌ ١٤Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka) وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٌ ١٥Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar) وَزَرَابِيُّ مَبۡثُوثَةٌ ١٦Serta hamparan-hamparan yang terbentang أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَيۡفَ خُلِقَتۡ ١٧(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ رُفِعَتۡ ١٨Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ ١٩Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ ٢٠Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ ٢١Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ ٢٢Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu) إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ ٢٣Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ ٢٤Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَهُمۡ ٢٥Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَهُم ٢٦Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka

Translation: Abdullah Muhammad Basmeih.