بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنشَقَّتۡ ١Apabila langit terbelah وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ ٢Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh وَإِذَا ٱلۡأَرۡضُ مُدَّتۡ ٣Dan apabila bumi diratakan وَأَلۡقَتۡ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتۡ ٤Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong وَأَذِنَتۡ لِرَبِّهَا وَحُقَّتۡ ٥Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya) يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحًا فَمُلَٰقِيهِ ٦Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya) فَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ ٧Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا ٨Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورًا ٩Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita وَأَمَّا مَنۡ أُوتِيَ كِتَٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهۡرِهِۦ ١٠Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya فَسَوۡفَ يَدۡعُواْ ثُبُورًا ١١Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya وَيَصۡلَىٰ سَعِيرًا ١٢Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang إِنَّهُۥ كَانَ فِيٓ أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورًا ١٣Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar) إِنَّهُۥ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ ١٤Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) بَلَىٰٓۚ إِنَّ رَبَّهُۥ كَانَ بِهِۦ بَصِيرًا ١٥(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلشَّفَقِ ١٦Maka Aku bersumpah, demi mega وَٱلَّيۡلِ وَمَا وَسَقَ ١٧Dan malam serta segala yang dihimpunkannya وَٱلۡقَمَرِ إِذَا ٱتَّسَقَ ١٨Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama لَتَرۡكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ ١٩Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya) فَمَا لَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ ٢٠Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman وَإِذَا قُرِئَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡقُرۡءَانُ لَا يَسۡجُدُونَۤ ۩ ٢١Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُكَذِّبُونَ ٢٢(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا يُوعُونَ ٢٣Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ٢٤Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونِۭ ٢٥Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus