Millat al-Islam

Chapter 94 · 8 verses · Abdullah Muhammad Basmeih

Surah Al-Inshirah in Malay

Arabic with tafsir Listen to Surah Al-Inshirah (1282 reciters)
Meccanسورة الشرح8 verses

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ ١Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ ٢Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) ٱلَّذِيٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ ٣Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya) وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ ٤Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan) فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٥Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٦(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ ٧Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب ٨Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

Translation: Abdullah Muhammad Basmeih.