Millat al-Islam

Chapter 81 · 29 verses · Abdullah Muhammad Basmeih

Surah At-Takwir in Malay

Arabic with tafsir Listen to Surah At-Takwir (1302 reciters)

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا ٱلشَّمۡسُ كُوِّرَتۡ ١Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap) وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتۡ ٢Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ سُيِّرَتۡ ٣Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu) وَإِذَا ٱلۡعِشَارُ عُطِّلَتۡ ٤Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar وَإِذَا ٱلۡوُحُوشُ حُشِرَتۡ ٥Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ سُجِّرَتۡ ٦Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتۡ ٧Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُۥدَةُ سُئِلَتۡ ٨Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya بِأَيِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتۡ ٩Dengan dosa apakah ia dibunuh وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتۡ ١٠Dan apabila surat-surat amal dibentangkan وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتۡ ١١Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ ١٢Dan apabila neraka dinyalakan menjulang وَإِذَا ٱلۡجَنَّةُ أُزۡلِفَتۡ ١٣Dan apabila Syurga didekatkan عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّآ أَحۡضَرَتۡ ١٤(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ ١٥Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ ١٦Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ ١٧Dan malam, apabila ia hampir habis وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ ١٨Dan siang, apabila ia mulai terang إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ ١٩Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia ذِي قُوَّةٍ عِندَ ذِي ٱلۡعَرۡشِ مَكِينٍ ٢٠Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ ٢١Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجۡنُونٍ ٢٢Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh) وَلَقَدۡ رَءَاهُ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡمُبِينِ ٢٣Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata وَمَا هُوَ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ بِضَنِينٍ ٢٤Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَيۡطَٰنٍ رَّجِيمٍ ٢٥Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ ٢٦(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran) إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٌ لِّلۡعَٰلَمِينَ ٢٧Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَسۡتَقِيمَ ٢٨Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٩Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam

Translation: Abdullah Muhammad Basmeih.