Millat al-Islam

Chapter 99 · 8 verses · Abdullah Muhammad Basmeih

Surah Az-Zalzala in Malay

Arabic with tafsir Listen to Surah Az-Zalzala (1306 reciters)

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا ١Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا ٢Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya وَقَالَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا لَهَا ٣Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi يَوۡمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا ٤Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا ٥Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian) يَوۡمَئِذٍ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتًا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ ٦Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرًا يَرَهُۥ ٧Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ ٨Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

Translation: Abdullah Muhammad Basmeih.