ملة الإسلام

السورة 90 · 20 آية · Abdullah Muhammad Basmeih

سورة البلد باللغة الملايوية

السورة بالعربية مع التفسير استمع إلى سورة البلد (1,326 قارئاً)
مكيةسورة البلد٢٠ آية

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَآ أُقۡسِمُ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ ١Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini وَأَنتَ حِلُّۢ بِهَٰذَا ٱلۡبَلَدِ ٢Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas) وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ ٣Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِي كَبَدٍ ٤Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya) أَيَحۡسَبُ أَن لَّن يَقۡدِرَ عَلَيۡهِ أَحَدٌ ٥Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya) يَقُولُ أَهۡلَكۡتُ مَالًا لُّبَدًا ٦Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa) أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ يَرَهُۥٓ أَحَدٌ ٧Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu) أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ عَيۡنَيۡنِ ٨(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami) وَلِسَانًا وَشَفَتَيۡنِ ٩Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya) وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ ١٠Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi) فَلَا ٱقۡتَحَمَ ٱلۡعَقَبَةَ ١١Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلۡعَقَبَةُ ١٢Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu فَكُّ رَقَبَةٍ ١٣(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi أَوۡ إِطۡعَٰمٌ فِي يَوۡمٍ ذِي مَسۡغَبَةٍ ١٤Atau memberi makan pada hari kelaparan يَتِيمًا ذَا مَقۡرَبَةٍ ١٥Kepada anak yatim dari kaum kerabat أَوۡ مِسۡكِينًا ذَا مَتۡرَبَةٍ ١٦Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ ١٧Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ ١٨(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga) وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا هُمۡ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ ١٩Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri عَلَيۡهِمۡ نَارٌ مُّؤۡصَدَةُۢ ٢٠Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya)

الترجمة: Abdullah Muhammad Basmeih.