بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦Tunjukilah kami jalan yang lurus صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
السورة 1 · 7 آية · Abdullah Muhammad Basmeih
سورة الفاتحة باللغة الملايوية
اضغط رقم أي آية لتفسيرها
الترجمة: Abdullah Muhammad Basmeih.