ملة الإسلام

السورة 82 · 19 آية · Abdullah Muhammad Basmeih

سورة الانفطار باللغة الملايوية

السورة بالعربية مع التفسير استمع إلى سورة الانفطار (1,366 قارئاً)
مكيةسورة الانفطار١٩ آية

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ ١Apabila langit terbelah وَإِذَا ٱلۡكَوَاكِبُ ٱنتَثَرَتۡ ٢Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ ٣Dan apabila lautan pecah bercampur-baur وَإِذَا ٱلۡقُبُورُ بُعۡثِرَتۡ ٤Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّا قَدَّمَتۡ وَأَخَّرَتۡ ٥(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡكَرِيمِ ٦Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah ٱلَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّىٰكَ فَعَدَلَكَ ٧Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya فِيٓ أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ ٨Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu كـَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ ٩Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan وَإِنَّ عَلَيۡكُمۡ لَحَٰفِظِينَ ١٠Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu كِرَامًا كَٰتِبِينَ ١١(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) يَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ ١٢Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِي نَعِيمٍ ١٣(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat وَإِنَّ ٱلۡفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ ١٤Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang يَصۡلَوۡنَهَا يَوۡمَ ٱلدِّينِ ١٥Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan وَمَا هُمۡ عَنۡهَا بِغَآئِبِينَ ١٦Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ ١٧Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu ثُمَّ مَآ أَدۡرَىٰكَ مَا يَوۡمُ ٱلدِّينِ ١٨Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu يَوۡمَ لَا تَمۡلِكُ نَفۡسٌ لِّنَفۡسٍ شَيۡـًٔاۖ وَٱلۡأَمۡرُ يَوۡمَئِذٍ لِّلَّهِ ١٩(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah

الترجمة: Abdullah Muhammad Basmeih.