Millat al-Islam

Chapter 74 · 56 verses · Abdullah Muhammad Basmeih

Surah Al-Muddathir in Malay

Arabic with tafsir Listen to Surah Al-Muddathir (1206 reciters)
Meccanسورة المدثر56 verses

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡمُدَّثِّرُ ١Wahai orang yang berselimut قُمۡ فَأَنذِرۡ ٢Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia) وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ ٣Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya وَثِيَابَكَ فَطَهِّرۡ ٤Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan وَٱلرُّجۡزَ فَٱهۡجُرۡ ٥Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ ٦Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ ٧Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh) فَإِذَا نُقِرَ فِي ٱلنَّاقُورِ ٨Kerana apabila telah ditiup sangkakala فَذَٰلِكَ يَوۡمَئِذٍ يَوۡمٌ عَسِيرٌ ٩Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ غَيۡرُ يَسِيرٍ ١٠Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya) ذَرۡنِي وَمَنۡ خَلَقۡتُ وَحِيدًا ١١(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak) وَجَعَلۡتُ لَهُۥ مَالًا مَّمۡدُودًا ١٢Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak وَبَنِينَ شُهُودًا ١٣Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya وَمَهَّدتُّ لَهُۥ تَمۡهِيدًا ١٤Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya ثُمَّ يَطۡمَعُ أَنۡ أَزِيدَ ١٥Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi كـَلَّآۖ إِنَّهُۥ كَانَ لِأٓيَٰتِنَا عَنِيدًا ١٦Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami) سَأُرۡهِقُهُۥ صَعُودًا ١٧Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya إِنَّهُۥ فَكَّرَ وَقَدَّرَ ١٨Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran فَقُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ١٩Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian) ثُمَّ قُتِلَ كَيۡفَ قَدَّرَ ٢٠Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu) ثُمَّ نَظَرَ ٢١Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal) ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ ٢٢Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut ثُمَّ أَدۡبَرَ وَٱسۡتَكۡبَرَ ٢٣Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh فَقَالَ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٌ يُؤۡثَرُ ٢٤Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya) إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا قَوۡلُ ٱلۡبَشَرِ ٢٥Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia سَأُصۡلِيهِ سَقَرَ ٢٦(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سَقَرُ ٢٧Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu لَا تُبۡقِي وَلَا تَذَرُ ٢٨Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus) لَوَّاحَةٌ لِّلۡبَشَرِ ٢٩Ia terus-menerus membakar kulit manusia عَلَيۡهَا تِسۡعَةَ عَشَرَ ٣٠Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat) وَمَا جَعَلۡنَآ أَصۡحَٰبَ ٱلنَّارِ إِلَّا مَلَٰٓئِكَةًۖ وَمَا جَعَلۡنَا عِدَّتَهُمۡ إِلَّا فِتۡنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُواْ لِيَسۡتَيۡقِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَٰنًا وَلَا يَرۡتَابَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَلِيَقُولَ ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَٱلۡكَٰفِرُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلًاۚ كَذَٰلِكَ يُضِلُّ ٱللَّهُ مَن يَشَآءُ وَيَهۡدِي مَن يَشَآءُۚ وَمَا يَعۡلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَۚ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكۡرَىٰ لِلۡبَشَرِ ٣١Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia كـَلَّا وَٱلۡقَمَرِ ٣٢Sebenarnya! Demi bulan وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ ٣٣Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ ٣٤Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang إِنَّهَا لَإِحۡدَى ٱلۡكُبَرِ ٣٥Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar نَذِيرًا لِّلۡبَشَرِ ٣٦Yang menjadi amaran bagi umat manusia لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَتَقَدَّمَ أَوۡ يَتَأَخَّرَ ٣٧(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya) كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡ رَهِينَةٌ ٣٨Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya إِلَّآ أَصۡحَٰبَ ٱلۡيَمِينِ ٣٩Kecuali puak Kanan فِي جَنَّٰتٍ يَتَسَآءَلُونَ ٤٠(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya عَنِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ٤١Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ ٤٢(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ ٤٣Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang وَلَمۡ نَكُ نُطۡعِمُ ٱلۡمِسۡكِينَ ٤٤Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلۡخَآئِضِينَ ٤٥Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤٦Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلۡيَقِينُ ٤٧Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَٰعَةُ ٱلشَّٰفِعِينَ ٤٨Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu فَمَا لَهُمۡ عَنِ ٱلتَّذۡكِرَةِ مُعۡرِضِينَ ٤٩(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) كَأَنَّهُمۡ حُمُرٌ مُّسۡتَنفِرَةٌ ٥٠Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari فَرَّتۡ مِن قَسۡوَرَةِۭ ٥١Melarikan diri (ketakutan) dari singa بَلۡ يُرِيدُ كُلُّ ٱمۡرِيٍٕ مِّنۡهُمۡ أَن يُؤۡتَىٰ صُحُفًا مُّنَشَّرَةً ٥٢(Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri) كـَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ ٥٣Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat كـَلَّآ إِنَّهُۥ تَذۡكِرَةٌ ٥٤Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya) فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ٥٥Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya وَمَا يَذۡكُرُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ هُوَ أَهۡلُ ٱلتَّقۡوَىٰ وَأَهۡلُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ ٥٦Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dia lah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya, dan Dia lah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat)

Translation: Abdullah Muhammad Basmeih.