Millat al-Islam

Chapter 75 · 40 verses · Abdullah Muhammad Basmeih

Surah Al-Qiyama in Malay

Arabic with tafsir Listen to Surah Al-Qiyama (1375 reciters)

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ ١Aku bersumpah dengan Hari Kiamat وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ ٢Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُۥ ٣Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula) بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُۥ ٤Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain) بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُۥ ٥(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat) يَسۡـَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَٰمَةِ ٦Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ ٧Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut) وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ ٨Dan bulan hilang cahayanya وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ ٩Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama يَقُولُ ٱلۡإِنسَٰنُ يَوۡمَئِذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ ١٠(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri كـَلَّا لَا وَزَرَ ١١Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ ١٢Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَٰنُ يَوۡمَئِذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ ١٣Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan بَلِ ٱلۡإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ ١٤Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ ١٥Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri) لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦٓ ١٦Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُۥ وَقُرۡءَانَهُۥ ١٧Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu) فَإِذَا قَرَأۡنَٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُۥ ١٨Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُۥ ١٩Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan) كـَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ ٢٠Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya وَتَذَرُونَ ٱلۡأٓخِرَةَ ٢١Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya) وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ ٢٢Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ ٢٣Melihat kepada Tuhannya وَوُجُوهٌ يَوۡمَئِذِۭ بَاسِرَةٌ ٢٤Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ ٢٥Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan كـَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِيَ ٢٦Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ ٢٧Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya) وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ ٢٨Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ ٢٩Serta kedahsyatan bertindih-tindih إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡمَسَاقُ ٣٠(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan) فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ ٣١(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya) وَلَٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ ٣٢Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ ٣٣Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ ٣٤(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ ٣٥Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى ٣٦Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan) أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً مِّن مَّنِيٍّ يُمۡنَىٰ ٣٧Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ ٣٨Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia) فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ ٣٩Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan أَلَيۡسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧيَ ٱلۡمَوۡتَىٰ ٤٠Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)

Translation: Abdullah Muhammad Basmeih.