بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ ١Ia memasamkan muka dan berpaling أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ ٢Kerana ia didatangi orang buta وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ ٣Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu) أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ ٤Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ ٥Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran) فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ ٦Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ ٧Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya) وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ ٨Adapun orang yang segera datang kepadamu وَهُوَ يَخۡشَىٰ ٩Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah) فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ ١٠Maka engkau berlengah-lengah melayaninya كـَلَّآ إِنَّهَا تَذۡكِرَةٌ ١١Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi) فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ ١٢Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya فِي صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ ١٣(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan مَّرۡفُوعَةٍ مُّطَهَّرَةِۭ ١٤Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan) بِأَيۡدِي سَفَرَةٍ ١٥(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz كِرَامِۭ بَرَرَةٍ ١٦(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti قُتِلَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ ١٧Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ ١٨(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ١٩Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ٢٠Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih) ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُۥ ٢١Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ ٢٢Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula) كـَلَّا لَمَّا يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُۥ ٢٣Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ ٢٤(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya) أَنَّا صَبَبۡنَا ٱلۡمَآءَ صَبًّا ٢٥Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan ثُمَّ شَقَقۡنَا ٱلۡأَرۡضَ شَقًّا ٢٦Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا حَبًّا ٢٧Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian وَعِنَبًا وَقَضۡبًا ٢٨Dan buah anggur serta sayur-sayuran وَزَيۡتُونًا وَنَخۡلًا ٢٩Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma وَحَدَآئِقَ غُلۡبًا ٣٠Dan taman-taman yang menghijau subur وَفَٰكِهَةً وَأَبًّا ٣١Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput مَّتَٰعًا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ ٣٢Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ ٣٣Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat يَوۡمَ يَفِرُّ ٱلۡمَرۡءُ مِنۡ أَخِيهِ ٣٤Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ ٣٥Dan ibunya serta bapanya وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ ٣٦Dan isterinya serta anak-anaknya لِكُلِّ ٱمۡرِيٍٕ مِّنۡهُمۡ يَوۡمَئِذٍ شَأۡنٌ يُغۡنِيهِ ٣٧Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja وُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ مُّسۡفِرَةٌ ٣٨Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri ضَاحِكَةٌ مُّسۡتَبۡشِرَةٌ ٣٩Tertawa, lagi bersuka ria وَوُجُوهٌ يَوۡمَئِذٍ عَلَيۡهَا غَبَرَةٌ ٤٠Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu تَرۡهَقُهَا قَتَرَةٌ ٤١Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ ٤٢Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka