ملة الإسلام

السورة 79 · 46 آية · Abdullah Muhammad Basmeih

سورة النازعات باللغة الملايوية

السورة بالعربية مع التفسير استمع إلى سورة النازعات (1,353 قارئاً)
مكيةسورة النازعات٤٦ آية

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلنَّٰزِعَٰتِ غَرۡقًا ١Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya وَٱلنَّٰشِطَٰتِ نَشۡطًا ٢Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya وَٱلسَّٰبِحَٰتِ سَبۡحًا ٣Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya فَٱلسَّٰبِقَٰتِ سَبۡقًا ٤Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya فَٱلۡمُدَبِّرَٰتِ أَمۡرًا ٥Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat) يَوۡمَ تَرۡجُفُ ٱلرَّاجِفَةُ ٦Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan) تَتۡبَعُهَا ٱلرَّادِفَةُ ٧Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing) قُلُوبٌ يَوۡمَئِذٍ وَاجِفَةٌ ٨Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut أَبۡصَٰرُهَا خَٰشِعَةٌ ٩Pemandangannya tunduk gerun يَقُولُونَ أَءِنَّا لَمَرۡدُودُونَ فِي ٱلۡحَافِرَةِ ١٠Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمًا نَّخِرَةً ١١Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput قَالُواْ تِلۡكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ ١٢Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan فَإِنَّمَا هِيَ زَجۡرَةٌ وَٰحِدَةٌ ١٣(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua) فَإِذَا هُم بِٱلسَّاهِرَةِ ١٤Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ ١٥Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa إِذۡ نَادَىٰهُ رَبُّهُۥ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوًى ١٦Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci ٱذۡهَبۡ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ ١٧(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya) فَقُلۡ هَل لَّكَ إِلَىٰٓ أَن تَزَكَّىٰ ١٨Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran) وَأَهۡدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخۡشَىٰ ١٩Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya) فَأَرَىٰهُ ٱلۡأٓيَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰ ٢٠(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ ٢١Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah) ثُمَّ أَدۡبَرَ يَسۡعَىٰ ٢٢Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa) فَحَشَرَ فَنَادَىٰ ٢٣Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru فَقَالَ أَنَا۠ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ ٢٤Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi فَأَخَذَهُ ٱللَّهُ نَكَالَ ٱلۡأٓخِرَةِ وَٱلۡأُولَىٰٓ ٢٥Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبۡرَةً لِّمَن يَخۡشَىٰٓ ٢٦Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya) ءَأَنتُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَمِ ٱلسَّمَآءُۚ بَنَىٰهَا ٢٧(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh) رَفَعَ سَمۡكَهَا فَسَوَّىٰهَا ٢٨Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya وَأَغۡطَشَ لَيۡلَهَا وَأَخۡرَجَ ضُحَىٰهَا ٢٩Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang وَٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ دَحَىٰهَآ ٣٠Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya) أَخۡرَجَ مِنۡهَا مَآءَهَا وَمَرۡعَىٰهَا ٣١Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya وَٱلۡجِبَالَ أَرۡسَىٰهَا ٣٢Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya) مَتَٰعًا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ ٣٣(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu فَإِذَا جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ ٣٤Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar يَوۡمَ يَتَذَكَّرُ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا سَعَىٰ ٣٥Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِمَن يَرَىٰ ٣٦Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ٣٧Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya) وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ٣٨Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ ٣٩Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ ٤٠Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ ٤١Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَىٰهَا ٤٢Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya فِيمَ أَنتَ مِن ذِكۡرَىٰهَآ ٤٣Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu إِلَىٰ رَبِّكَ مُنتَهَىٰهَآ ٤٤Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَىٰهَا ٤٥Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu كَأَنَّهُمۡ يَوۡمَ يَرَوۡنَهَا لَمۡ يَلۡبَثُوٓاْ إِلَّا عَشِيَّةً أَوۡ ضُحَىٰهَا ٤٦(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja

الترجمة: Abdullah Muhammad Basmeih.