ملة الإسلام

السورة 56 · 96 آية · Abdullah Muhammad Basmeih

سورة الواقعة باللغة الملايوية

السورة بالعربية مع التفسير استمع إلى سورة الواقعة (1,362 قارئاً)
مكيةسورة الواقعة٩٦ آية

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ١Apabila berlaku hari kiamat itu لَيۡسَ لِوَقۡعَتِهَا كَاذِبَةٌ ٢Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ ٣Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّا ٤(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّا ٥Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya فَكَانَتۡ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا ٦Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran وَكُنتُمۡ أَزۡوَٰجًا ثَلَٰثَةً ٧Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya) فَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ ٨Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ ٩Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ ١٠Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) أُوْلَٰٓئِكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ ١١Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah) فِي جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ١٢(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ١٤Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوۡضُونَةٍ ١٥(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡهَا مُتَقَٰبِلِينَ ١٦Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan يَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ وِلۡدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ ١٧Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka بِأَكۡوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ مِّن مَّعِينٍ ١٨Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡهَا وَلَا يُنزِفُونَ ١٩Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya وَفَٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ٢٠Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih وَلَحۡمِ طَيۡرٍ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ ٢١Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini وَحُورٌ عِينٌ ٢٢Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya كَأَمۡثَٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ ٢٣Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٢٤(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan لَا يَسۡمَعُونَ فِيهَا لَغۡوًا وَلَا تَأۡثِيمًا ٢٥Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa إِلَّا قِيلًا سَلَٰمًا سَلَٰمًا ٢٦Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain) وَأَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلۡيَمِينِ ٢٧Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu فِي سِدۡرٍ مَّخۡضُودٍ ٢٨Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri وَطَلۡحٍ مَّنضُودٍ ٢٩Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya وَظِلٍّ مَّمۡدُودٍ ٣٠Dan naungan yang tetap terbentang وَمَآءٍ مَّسۡكُوبٍ ٣١Dan air yang sentiasa mengalir وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ ٣٢Serta buah-buahan yang banyak لَّا مَقۡطُوعَةٍ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ ٣٣Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya وَفُرُشٍ مَّرۡفُوعَةٍ ٣٤Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya إِنَّآ أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءً ٣٥Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا ٣٦Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh) عُرُبًا أَتۡرَابًا ٣٧Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٣٨(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ ٣٩Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلۡأٓخِرِينَ ٤٠Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian وَأَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَٰبُ ٱلشِّمَالِ ٤١Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ ٤٢Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak وَظِلٍّ مِّن يَحۡمُومٍ ٤٣Serta naungan dari asap hitam لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ ٤٤Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan إِنَّهُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٰلِكَ مُتۡرَفِينَ ٤٥Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan) وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ ٤٦Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ٤٧Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ ٤٨Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula) قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأٓخِرِينَ ٤٩Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ ٥٠Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ ٥١Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat) لَأٓكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ ٥٢Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum فَمَالِـُٔونَ مِنۡهَا ٱلۡبُطُونَ ٥٣Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu فَشَٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ ٥٤Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak فَشَٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ ٥٥Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas هَٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ ٥٦Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu نَحۡنُ خَلَقۡنَٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ ٥٧Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat) أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ ٥٨(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim) ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَٰلِقُونَ ٥٩Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ ٦٠Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِي مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٦١(Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ ٦٢Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak) أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ ٦٣Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٰرِعُونَ ٦٤Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمًا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ٦٥Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ ٦٦(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ ٦٧Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ ٦٨Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ ٦٩Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَٰهُ أُجَاجًا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ ٧٠Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي تُورُونَ ٧١Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek) ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَهَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ ٧٢Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya نَحۡنُ جَعَلۡنَٰهَا تَذۡكِرَةً وَمَتَٰعًا لِّلۡمُقۡوِينَ ٧٣Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٧٤Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu) ۞ فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ٧٥Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ ٧٦Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٌ كَرِيمٌ ٧٧Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan) فِي كِتَٰبٍ مَّكۡنُونٍ ٧٨Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ ٧٩Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٨٠Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam أَفَبِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ ٨١Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ ٨٢Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya) فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ ٨٣Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya وَأَنتُمۡ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ ٨٤Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ ٨٥Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ ٨٦Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami) تَرۡجِعُونَهَآ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٨٧Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ٨٨Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin فَرَوۡحٌ وَرَيۡحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ ٨٩Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٩٠Dan jika ia dari puak kanan فَسَلَٰمٌ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ ٩١Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ٩٢Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat فَنُزُلٌ مِّنۡ حَمِيمٍ ٩٣Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ ٩٤Serta bakaran api neraka إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ ٩٥Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٩٦Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar

الترجمة: Abdullah Muhammad Basmeih.