ملة الإسلام

السورة 55 · 78 آية · Abdullah Muhammad Basmeih

سورة الرحمن باللغة الملايوية

السورة بالعربية مع التفسير استمع إلى سورة الرحمن (1,425 قارئاً)
مدنيةسورة الرحمن٧٨ آية

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلرَّحۡمَٰنُ ١(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ ٢Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ ٣Dia lah yang telah menciptakan manusia عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ ٤Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ ٥Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ ٦Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ ٧Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِي ٱلۡمِيزَانِ ٨Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ ٩Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ ١٠Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain فِيهَا فَٰكِهَةٌ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ ١١Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ ١٢Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٣Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin) خَلَقَ ٱلۡإِنسَٰنَ مِن صَلۡصَٰلٍ كَٱلۡفَخَّارِ ١٤Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ ١٥Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٦Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَيۡنِ ١٧(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٨Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ ١٩Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٌ لَّا يَبۡغِيَانِ ٢٠Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢١Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan يَخۡرُجُ مِنۡهُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ ٢٢Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٣Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔاتُ فِي ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَٰمِ ٢٤Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٥Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan كُلُّ مَنۡ عَلَيۡهَا فَانٍ ٢٦Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ ٢٧Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٨Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan يَسۡـَٔلُهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِي شَأۡنٍ ٢٩Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya) فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٠Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ ٣١Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٢Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَٰنٍ ٣٣Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat) فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٤Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ ٣٥Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu) فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٦Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً كَٱلدِّهَانِ ٣٧Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٨Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan فَيَوۡمَئِذٍ لَّا يُسۡـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ ٣٩Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya) فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٠Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan يُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِيمَٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِٱلنَّوَٰصِي وَٱلۡأَقۡدَامِ ٤١Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka) فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٢Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ ٤٣(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya يَطُوفُونَ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَ حَمِيمٍ ءَانٍ ٤٤Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٥Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ٤٦Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٧Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ذَوَاتَآ أَفۡنَانٍ ٤٨(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٩Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan فِيهِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ ٥٠Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥١Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةٍ زَوۡجَانِ ٥٢Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa) فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٣Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآئِنُهَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقٍۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانٍ ٥٤Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٥Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٌ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ ٥٦Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٧Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan كَأَنَّهُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ ٥٨Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٩Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَٰنُ ٦٠Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦١Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ٦٢Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua) فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٣Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan مُدۡهَآمَّتَانِ ٦٤Kedua-duanya menghijau subur tanamannya فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٥Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan فِيهِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ ٦٦Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٧Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan فِيهِمَا فَٰكِهَةٌ وَنَخۡلٌ وَرُمَّانٌ ٦٨Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٩Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan فِيهِنَّ خَيۡرَٰتٌ حِسَانٌ ٧٠Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧١Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan حُورٌ مَّقۡصُورَٰتٌ فِي ٱلۡخِيَامِ ٧٢Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٣Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٌ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ ٧٤(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٥Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرٍ وَعَبۡقَرِيٍّ حِسَانٍ ٧٦Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٧Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan تَبَٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِي ٱلۡجَلَٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ ٧٨Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

الترجمة: Abdullah Muhammad Basmeih.